Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$109.7 setakat 30 Nov

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$109.7 setakat 30 Nov

KUALA LUMPUR,. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$109.7 bilion setakat 30 Nov, 2022, memadai untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan semalam berkata paras rizab itu adalah 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$98.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.5 bilion), emas (US$2.1 bilion) dan aset-aset lain (US$2.6 bilion).

Aset tersebut terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM509.02 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.66 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM56.99 bilion).

Menurut BNM, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM162.81 bilion), mata wang dalam edaran (RM158.56 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM196.70 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM12.50 bilion), deposit lain (RM34.82 bilion), kertas Bank Negara (RM7.51 bilion), peruntukan SDR (RM28.70 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.46 bilion).

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )