RCI TH: Perbincangan dijalankan secara tertib, menyeluruh – Zulkifli

RCI TH: Perbincangan dijalankan secara tertib, menyeluruh – Zulkifli

KUALA LUMPUR,. Cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) sedang dalam perbincangan membabitkan semua anggota Kabinet dan akan diputuskan dalam jangka waktu tertentu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bagaimanapun perbincangan itu masih berada dalam peringkat awal.

“Dalam isu ini, kita ikut tertib, akan bincang kepada Kabinet dan Alhamdulilah perbincangan baharu dimulakan tetapi belum masuk perbincangan khusus.

“Perkara ini akan dibincang secara panjang lebar, tertib, selain melihat pandangan anggota Kabinet lain secara menyeluruh.

“Dan apabila sampai masanya, ketika itu kerajaan akan buat keputusan dengan ambil kira pelbagai aspek,” katanya kepada Astro AWANI di sini pada Selasa.

Terdahulu, beliau hadir menjadi tetamu undangan dalam program bual bicara Meletop yang dikendalikan Nabil Ahmad dan Jihan Musa edisi khas Sambutan Maal Hijrah yang akan diraikan umat Islam esok.

Pada Isnin, Zulkifli berkata, cadangan penubuhan RCI TH dijangka dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu ini susulan perbincangan khusus dengan Perdana Menteri pada 12 Ogos lepas.

Pada masa sama, perbincangan dari semasa ke semasa juga akan diteruskan dengan laporan yang akan dikemukakan oleh Menteri Kewangan.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )