Rasis: UEFA gantung Kudela 10 perlawanan

Rasis: UEFA gantung Kudela 10 perlawanan

PARIS: UEFA pada Rabu menggantung pemain pertahanan pasukan Slavia Ondrej Kudela dalam 10 perlawanan Eropah untuk kelab dan pasukan kebangsaan atas sikap perkauman selepas beliau berkelahi dengan pemain Rangers Glen Kamara dalam sebuah perlawanan Liga Europa.

Kamara juga telah digantung tiga perlawanan dalam kejohanan UEFA untuk penglibatannya dalam insiden itu semasa pusingan 16 pasukan di Ibrox pada 18 Mac.

Slavia, yang memenangi perlawanan itu dengan 2-0 untuk mara ke suku akhir berbekalkan agregat 3-1 , telah menafikan dakwaan itu, dan telah menyatakan awal bulan ini bahawa mereka akan mengutarakan aduan jenayah menentang Kamara untuk dakwaan menyerang Kudela dalam terowong itu selepas perlawanan.

Kudela sudah digantung permainan semasa Slavia menentang Arsenal dalam perlawanan pertama suku akhir di Czech Republik pada Khamis lepas. Perlawanan itu akan diambil kira dalam penggantungan 10 perlawanan itu.

Kamara dan rakan sepasukannya telah memberi respon dalam mendakwa Kudela telah menekup tangannya dan membisik penghinaan yang berunsur diskriminasi ke telinga pemain tengah itu.

Penggantungan itu akan mengetepikan Kudela daripada Kejohanan Eropah musim panas ini yang mana beliau telah dijangka untuk menyertai skuad Czech Republic.

Bekas pemain Netherlands Clarence Seedorf berkata pada Rabu bahawa pemain perlu dihukum serta-merta jika mereka menutup mulut semasa bercakap dengan pihak lawan mahupun pengadil, seperti yang dilakukan Kudela.

Seedorf, juara empat kali Liga Juara-Juara, mengulas dalam mesyuarat Majlis Eropah dalam usaha menentang pertuturan berunsur kebencian: “Banyak percakapan namun tidak cukup pelaksanaan. Keperluan pelaksanaan itu jelas dan harus segera.

“Daripada perspektif seorang pemain, saya pernah mengalami kejadian dengan pemain bercakap dan menutup mulut mereka semasa perlawanan.

“Apabila kita bercakap tentang sukan ia perlu benar-benar telus, jadi mengapa saya perlu menutup mulut jika saya mahu bercakap dengan lawan saya?”

— AFP

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )