Pusat Pemberian Vaksin (PPV) teratur selaras dengan pengumuman kerajaan – Nancy Shkri

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) teratur selaras dengan pengumuman kerajaan – Nancy Shkri

KUALA LUMPUR,. Datuk Seri Nancy Shukri ,. MOTAC melalui MyCEB telah menyarankan supaya kerajaan menggunakan Pusat Penganjuran Program Perniagaan berkaitan Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) untuk dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) selaras dengan pengumuman kerajaan yang membuka sektor pelancongan domestik pada fasa ke-3 dalam Pelan Pemulihan Negara.

Menurut beliau lagi Kita mempunyai banyak lokasi dan salah satu daripadanya adalah World Trade Centre (WTC) ini katanya lagi.


semalam beliau bersama pengurusan tertinggi MOTAC datang untuk melihat sendiri bagaimana ianya digunakan, dan mendapati keadaannya begitu teratur dan diuruskan dengan begitu cekap sekali.

Terima kasih kepada Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim yang sudi menjemput kami untuk turut melihat persediaan venue acara perniagaan (Business Event Venues) dalam menganjurkan Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) jika sektor ini dibenarkan beroperasi kelak.


Kita berharap langkah ini dapat membantu merangsang semula segmen acara perniagaan serta membantu pengusaha hotel meneruskan kelangsungan penjanaan pendapatan dalam keadaan serba mencabar akibat pelaksanaan PKP pada masa ini. Insya-Allah.

Alhamdulillah, saya juga mendapati kerjasama sukarelawan daripada MOSTI, KKM, KBS dan dari sektor acara perniagaan telah membantu dalam memastikan program vaksinasi ini bergitu teratur dan berjalan dengan lancar.

Syabas juga saya ucapkan kepada rakan-rakan penggiat seni dari Istana Budaya (IB) serta dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang terlibat sama membuat persembahan di situ.

–ARK

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )