PRU15 tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat – Tun M

PRU15 tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat – Tun M

LANGKAWI: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, sebarang keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam tempoh terdekat merupakan pendekatan yang tidak sesuai.

Menurut Dr Mahathir, ini adalah kerana terdapat kebimbangan dalam pelbagai pihak termasuk beliau sendiri sekiranya kes COVID-19 akan berterusan meningkat seandainya PRU15 diadakan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, mana-mana pihak yang berhasrat PRU15 segera diadakan

wajar mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di negeri Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

“Saya ingat belum sesuai untuk PRU, kita harus berjaga-jaga, kita harus ingat apa berlaku di Sabah, Sabah ketika itu jumlah kes rendah, tetapi ketika itu (diadakan) PRN Sabah, (terus) berkembang penyakit,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Jamuan Hari Raya Parlimen Langkawi di Dataran Telaga Walk di sini, pada Isnin. Semalam, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, parti itu bersedia untuk menghadapi PRU15.

-Agency

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )