Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb – PAC

Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb – PAC

KUALA LUMPUR,. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding tertutup berhubung Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam pada 24 Februari ini.

Laporan tersebut akan dibentang pada sesi persidangan Dewan Rakyat, Jun ini.

Naib Pengerusi PAC Teresa Kok berkata sebanyak 10 prosiding telah dijadualkan untuk isu tersebut yang membabitkan Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Jawatankuasa ini akan memanggil semua pihak berkepentingan dalam industri insurans kesihatan, hospital swasta, MoF, KKM, BNM, pertubuhan bukan kerajaan dan ahli-ahli akademik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Sesi Pendengaran Awam PAC bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam di Parlimen, hari ini.

Ini merupakan sesi pendengaran awam PAC kali kedua dengan jumlah kehadiran 550 orang, selepas kali pertama diadakan di Pulau Pinang pada 14 Feb lepas, menjadikan jumlah keseluruhan 730 orang bagi kedua-dua sesi tersebut.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )