Projek tebatan banjir Jalan Duta siap hujung tahun ini – Annuar

Projek tebatan banjir Jalan Duta siap hujung tahun ini – Annuar

PROJEK tebatan banjir yang dilaksanakan bagi mengawal banjir kilat yang sering berlaku di sekitar Jalan Sultan Abdul Halim (Jalan Duta) dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, projek yang dilaksanakan di kawasan Taman Botani Perdana itu sudah mencapai tahap kemajuan 60 peratus siap itu bakal menyelesaikan masalah banjir kilat yang berlaku di kawasan itu.

“Kita melaksanakan secara mesra alam dimana kita membina kolam tadahan di bawah tanah.

“Manakala diatas permukaan kolam tersebut akan digunakan untuk membina taman permainan kanak-kanak dan dihiasi dengan landskap yang menarik,” katanya kepada pemberita selepas sesi Walkabout di sekitar Taman Botani Perdana di sini hari hari.

Hadir sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Annuar berkata, kepakaran yang dimiliki konsultan pembinaan tersebut turut ditagih untuk melaksanakan kajian lanjut untuk menaiktaraf kualiti Tasik Perdana.

“Tasik Perdana ini adalah tasik mati kerana sungai mengalir dibawahnya dan aliran air sungai pada waktu hujan akan kekal dan mengalir semula di Sungai Beras Peras dan ia memintas kawasan Taman Tasik Perdana di bawah tanah.

“Ia tiada flushing effect di Taman Tasik Perdana dan ia mengakibatkan air yang tidak berkualiti mengalir kedalam tasik dan didapati tasik ditumbuhi alga sehingga ia berubah menjadi kehijauan kerana tiada sistem output,” katanya.

– AZLAN -WILAYAHKU

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)