Projek Jalan Pesisir Pantai Membedai disasar siap April 2021

Projek Jalan Pesisir Pantai Membedai disasar siap April 2021

LABUAN,. Projek Jalan Pesisir Pantai Membedai – Tanjung Aru yang dijadual siap hujung tahun ini mengalami sedikit kelewatan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, projek yang dilancarkan pada 19 Disember 2017 itu kini mencapai kemajuan 75 peratus dengan tempoh baharu sasaran untuk disiapkan pada April ini.

Menurut beliau, projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) itu melibatkan laluan pesisir pantai, jajaran baharu sepanjang 4.4 kilometer selain menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 1.1 kilometer termasuk pembinaan tiga bulat an dan dua persimpangan lampu isyarat.

“Projek bernilai RM156 juta itu apabila siap kelak bakal menjadikan laluan alternatif bagi Jalan Tun Mustapha sekali gus memberi manfaat kepada penduduk pulau ini,” katanya.

Terdahulu beliau melakukan lawatan bagi melihat perkembangan projek pembinaan jalan tersebut di sini.

Projek Jalan Pesisir Pantai Membedai melibatkan Kampung Nagalang, Kampung Kerupang 1, Kampung Kerupang 2 dan Kampung Kerupang 3.

Annuar memberitahu, setelah projek ini siap, masalah kesesakan lalu lintas di laluan utama di Jalan Tun Mustapha dapat dikurangkan sekali gus memperkukuh jaringan infrastruktur jalan raya di Labuan. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )