Projek baik pulih Kompleks Seri Perdana diluluskan 19 Mac

Projek baik pulih Kompleks Seri Perdana diluluskan 19 Mac

KUALA LUMPUR,. Kerja-kerja baik pulih Kompleks Seri Perdana dengan kos keseluruhan RM38.5 juta, termasuk kerja-kerja penggantian sistem pendawaian elektrikal dan atap bangunan itu yang bocor telah diluluskan pada 19 Mac lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dalam satu kenyataan semalam berkata projek itu telah bermula pada 29 Mac dijangka siap pada 7 Dis tahun ini.

Setakat hari ini, kerja-kerja baik pulih berkenaan telah mencapai 74 peratus kemajuan berbanding 71 peratus seperti dijadualkan.

Beliau berkata kompleks kediaman rasmi Perdana Menteri, yang dibina pada 1997 dan siap sepenuhnya pada 1999, telah mengalami banyak kerosakan berikutan usia bangunan itu yang mencecah 22 tahun.

Kenyataan itu merujuk pertanyaan lisan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) di Dewan Rakyat mengenai status projek pengubahsuaian Kompleks Seri Perdana yang dikatakan menelan kos RM30 juta, pada Isnin.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )