PRK SLIM: Pusat penamaan calon ditutup

PRK SLIM: Pusat penamaan calon ditutup

TANJUNG MALIM,. Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim ditutup jam 10 pagi tadi selepas sejam dibuka.

Setakat ini, tiga calon sudah menyerahkan borang pencalonan, iaitu calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz, 43; calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, mewakili kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan seorang lagi calon Bebas yang juga guru, Prof Santhara Sekaran Subramaniam, 42.

Bagaimanapun, keputusan senarai calon yang layak bertanding dijangka diketahui pada jam 10.30 pagi ini di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim di sini.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai. Pengundian ditetapkan pada 29 Ogos.

Pada PRU14, Mohd Khusairi yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )