Premis bekal minyak pelincir tiruan berjenama terkenal diserbu

Premis bekal minyak pelincir tiruan berjenama terkenal diserbu

PUTRAJAYA,. Pelbagai jenis minyak pelincir tiruan dianggarkan bernilai RM111,300 dirampas Kementerian Per-dagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu operasi pada Selasa lalu di sebuah gudang di Taman Industri, Subang Jaya, Selangor .

Pengarah Bahagian Pe-nguatkuasaannya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP bersama wakil pemilik cap dagang, Shell mendapati terdapat pelbagai jenis minyak pelincir seperti Transformer Oil, Compressor Oil, Truck & Heavy Duty Engine Oil, Greese, dan Slideways Oils untuk kegunaan kenderaan berat dalam anggaran keseluruhan berjumlah 10,040 liter.

“Siasatan mendapati minyak pelincir daripada tong drum berkapasiti 200 liter telah dipindahkan secara manual ke dalam tong berkapasiti 20 liter bagi tujuan pasaran tempatan sekitar Lembah Klang dan dijual dalam lingkungan harga RM185 hingga RM240.”

“Turut disita adalah set komputer yang disambung dengan printer disyaki digunakan untuk menghasilkan tanda cap dagangan berdaftar berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Iskandar Halim, operasi ini dijalankan adalah hasil daripada aduan daripada wakil pemilik cap dagang berdaftar, Shell serta risikan yang dijalankan hampir dua minggu telah mengenal pasti sebuah gudang dijadikan tempat untuk pembuatan minyak pelincir tiruan.

“Seramai sembilan orang KPDNHEP telah berjaya membanteras pembuatan dan pengedaran minyak pelincir yang menggunakan suatu artikel atau tanda cap dagangan berjenama Shell.”

“Kesemua barang-barang tersebut berserta dokumen-dokumen berkaitan telah disita untuk siasatan lanjut dan kesemua barang-barang tersebut telah dirampas untuk siasatan lanjut dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 111,300.00,” katanya.

Pada masa sama, pasukan serbuan juga telah membuat tangkapan seramai dua lelaki tempatan berumur 34 dan 53 tahun yang berada di tempat kejadian dan permohonan tahanan direman akan buat untuk siasatan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 101(b) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu membuat atau memiliki suatu artikel yang direka secara spesifik untuk membuat salinan cap dagangan berdaftar atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa artikel itu akan digunakan untuk melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjara-kan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Iskandar Halim turut mengingatkan peniaga yang masih berdegil bahawa pemeriksaan dan o-perasi di seluruh negara akan dijalankan secara berterusan ke atas aktiviti-aktiviti yang menjalankan urus niaga barang tiruan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyimpanan dan penjualan barang tiruan ini disarankan supaya melaporkan kegiatan ini melalui hotline 1-800-886-800 atau 03- 8882 6088.

Mereka juga boleh hadir sendiri di mana-mana pejabat KPDNHEP berhampiran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dengan lebih efektif.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )