‘Precision farming’ terbesar bakal diwujudkan – Annuar

‘Precision farming’ terbesar bakal diwujudkan – Annuar

KERAJAAN akan mewujudkan pertanian presisi (precision farming) berskala besar yang menggunakan teknologi moden seperti fertigasi dan hidroponik di Putrajaya, tahun ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, pada masa ini, pihaknya sudah mendapatkan kelulusan bangunan daripada Perbadanan Putrajaya bagi melaksanakan pelaburan bernilai jutaan ringgit itu.

Ujar beliau, pengusaha bagi kaedah baharu itu juga sudah diperoleh dan pihaknya sedang meneliti kaedah untuk pelaksanaannya secara besar-besaran.

“Kebun bandar adalah model percubaan, ia tidak mudah tetapi kita cuba. Jadi kita kena tambah baik model ini dan jadikannya secara komersial kerana terdapat pelbagai kaedah pelaksanaan.

“Barangkali secara fertigasi atau hidroponik lebih sesuai dan kita mahu buat pada skala komersial. Ia akan dilakukan di dalam sebuah bangunan dan terbesar di Malaysia,” katanya selepas mengedarkan sumbangan kepada ‘hijrah worrior’ sempena Ramadan Prihatin di Anjung Kelana hari ini.

Menurut Annuar, tawaran pekerjaan bagi konsep pertanian baharu itu juga akan mengutamakan kelompok gelandangan berbanding pekerja asing bagi membolehkan mereka menjana pendapatan.

– WILAYAHKU /NAZWIN NAZRI

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)