PPj rancang Mega Urban Farms di Presint 20 -Annuar Musa

PPj rancang Mega Urban Farms di Presint 20 -Annuar Musa

PUTRA JAYA,. Inisiatif memperkasakan komuniti seharusnya dipergiatkan dari semasa ke semasa termasuk melalui pelaksanaan pelbagai jenis program dan aktiviti yang bersesuaian.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, semua pihak seharusnya memain peranan signifikan mengembangkan aktiviti yang memberi impak positif termasuk memanfaatkan kawasan tanah sedia ada secara produktif.

Beliau berkata, inisiatif bersifat Community Base dan pendekatan Empowering Community adalah antara usaha harus diteruskan melalui pelbagai kaedah pelaksanaan seperti aktiviti penanaman dan perternakan melibatkan penduduk setempat.

“Saya suka lihat inisiatif-inisiatif diambil bersifat Community Base usaha Empowering Community adalah satu perkara yang seharusnya diteruskan, sepertimana kita dapat lihat tadi, kawasan tanah belum dibangunkan, digunakan bagi menjayakan pertanian bandar melalui Kebun Komuniti dan ada juga kawasan dimanfaatkan sebagai Kebun Madu Kelulut.

“Program ini dilaksana dengan memanfaatkan kawasan tanah belum diguna atau terbiar, diisi dengan aktiviti yanh produktif,” katanya mengulas mengenai lawatan ke Kebun Komuniti, Presint 14 dan Kebun Madu Kelulut, Presint 15, Putrajaya.

Dalam sesi lawatan ke dua-dua lokasi tersebut, Annuar diiringi Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr Aminuddin Hassim meluangkan masa kira-kira dua jam meninjau pelbagai jenis tanaman yang diusahakan selain turut mendapat penerangan mengenai ternakan madu kelulut.

Menurut Annuar, di Putrajaya masih lagi terdapat banyak tanah yang tidak akan dibangunkan dalam masa terdekat, ia boleh digunakan bagi mengembangkan aktiviti-aktiviti produktif dengan memanfaatkan tanah tersebut.

Perkara tersebut juga katanya, termasuk di dalam perancangan PPj untuk mewujudkan Mega Urban Farms di kawasan yang telah dikenal pasti seluas 34 ekar di Presint 20.

“Konsep dibangunkan bukan secara kecil-kecilan tetapi ladang yang melibatkan pertanian moden dan lain-lain yang boleh dibekal untuk kegunaan sekurang-kurangnya di dalam Putrajaya sendiri,” katanya.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )