Polis nafi berlaku insiden kenderaannya terbalik di Puchong seperti tular di media sosial
SHAH ALAM, 17 April — Polis menafikan berlakunya insiden kenderaan pasukan keselamatan itu yang penuh dengan tahanan, terbalik di Puchong, seperti tular di media sosial hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Supt Azman Shari’at berkata gambar yang memaparkan kejadian trak polis terbalik itu sebenarnya berlaku di Seremban, Negeri Sembilan pada bulan April tahun lepas.
Katanya satu laporan polis telah dibuat pihaknya berhubung gambar yang tular semula di Facebook itu.
Beliau turut memaklumkan terdapat beberapa laporan berita mengenai kejadian berkenaan berserta gambar seperti yang tular itu.
— BERNAMA
CATEGORIES Berita Semasa