Polis, ATM buat rondaan ke rumah ketika Aidilfitri

Polis, ATM buat rondaan ke rumah ketika Aidilfitri

PUTRAJAYA,. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan di kawasan kediaman semasa sambutan perayaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ziarah dipatuhi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya terdapat kenderaan yang banyak di luar sesebuah kediaman, pihak berkuasa akan membuat semakan bagi mengetahui jumlah individu yang berada di dalam kediaman itu.

“Jadi saya nak beri ingatan bahawa PDRM dan ATM telah setuju bergerak (memantau) pada hari raya pertama dan seterusnya bagi pastikan SOP dipatuhi,” katanya dalam sidang akhbar harian berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini menetapkan aktiviti ziarah-menziarahi semasa perayaan yang akan dirai dalam masa terdekat ini hanya pada hari pertama sambutan dan terhad kepada 20 orang, bergantung pada saiz kediaman. – BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )