PM ucap tahniah Harimau Malaya naib juara Piala Raja Thailand

PM ucap tahniah Harimau Malaya naib juara Piala Raja Thailand

KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang muncul naib juara Piala Raja Thailand dalam aksi di Chiang Mai, malam tadi.

Perdana Menteri berkata beliau yakin skuad bimbingan Kim Pan Gon telah mempamerkan aksi terbaik dan Keluarga Malaysia akan terus menjadi penyokong kuat pasukan kebangsaan.

“Keluarga Malaysia tetap bangga dengan semangat juang seluruh pemain Harimau Malaya pada malam ini (malam Ahad)!

“Saya yakin para pemain sudah memberikan yang terbaik, namun jadikan perlawanan ini sebagai pendorong untuk berusaha dengan lebih gigih bagi perlawanan yang akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebook lewat malam tadi.

Harimau Malaya tewas kepada Tajikistan 0-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand, sekali gus gagal menamatkan kemarau 44 tahun merangkul kejuaraan itu.

Terdahulu, setelah 90 minit aksi berlangsung tanpa jaringan, menyaksikan pemenang terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )