PM Anwar ucap selamat berjuang kepada The Speedy Tigers

PM Anwar ucap selamat berjuang kepada The Speedy Tigers

KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada skuad hoki negara yang akan memulakan aksi Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India.

Beliau yakin dan percaya pasukan kendalian A. Arul Selvaraj itu yang akan memulakan aksi Kumpulan C dengan bertemu Belanda petang ini, mampu mempamerkan aksi terbaik sekali gus mencipta kejutan.

“Saya dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat Speedy Tigers. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan berlangsung. Harumkan nama negara di pentas dunia!” katanya dalam hantaran di Facebooknya,semalam.

Selepas pertemuan dengan Belanda, skuad The Speedy Tigers dijadual menentang Chile Isnin ini dan New Zealand pada 19 Januari.

Penyertaan di India bakal menjadi penampilan kesembilan skuad hoki negara di Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 1971 dengan pencapaian terbaik adalah meraih tempat keempat pada edisi 1975 ketika Malaysia menjadi tuan rumah.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )