PM Anwar mahu pulihkan keyakinan peniaga, pelabur asing

PM Anwar mahu pulihkan keyakinan peniaga, pelabur asing

PUTRAJAYA,. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau sebenarnya ‘tidak cenderung’ untuk memegang jawatan Menteri Kewangan, namun menurutnya satu pendekatan perlu dilakukan untuk memulihkan keyakinan terhadap ekonomi, peniaga dan pelabur asing.

“Saya fikir pada peringkat permulaan ini biar saya teruskan,” katanya dan menambah, di Kementerian Kewangan beliau akan dibantu oleh pasukan mantap yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, penjawat awam serta para penasihat yang tidak membebankan kewangan kerajaan.

Beliau berkata urusan kerajaan di Kementerian Kewangan yang diterajuinya akan dibantu oleh beberapa penasihat yang tidak akan mengambil upah dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Anwar berkata demikian dalam sidang media hari ini sejurus selepas mengumumkan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan di sini, ketika ditanya mengapa beliau memilih untuk memegang portfolio Menteri Kewangan.

Pada 25 Nov lepas, Anwar dilaporkan berkata tidak akan mempertimbang untuk memegang portfolio Menteri Kewangan bagi barisan Kabinetnya, namun akan melihat segala kemungkinan sebelum membuat keputusan akhir mengenainya.

Pembentukan Kabinet: Majlis angkat sumpah Senator dijadual 8.30 pagi Sabtu
Ditanya penjimatan yang dapat dilakukan melalui saiz Kabinet yang kecil, Anwar berkata ia dapat dilakukan sekiranya pembaziran dapat dielak serta perbelanjaan sia-sia dikurangkan, dan ia akan dimulakan oleh Pejabat Perdana Menteri.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )