PKP: Jawi santuni 25 pekerja kontrak rakyat Indonesia

PKP: Jawi santuni 25 pekerja kontrak rakyat Indonesia

KUALA LUMPUR,. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyantuni sebanyak 25 rakyat Indonesia di Bukit Jalil, di sini yang terjejas selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, mereka terdiri daripada lapan keluarga dan merupakan pekerja kontrak di negara ini.

“Hampir kesemuanya kehilangan pekerjaan ekoran PKP yang telah berjalan genap sebulan.

“Semoga bantuan barangan keperluan asas ini dapat meringankan beban yang mereka tanggung,” katanya menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya pada Isnin.

Sejak Mac lalu, Malaysia mengambil langkah menguatkuasakan PKP secara menyeluruh sebagai usaha untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )