PKP : Air Selangor laksana pelarasan kiraan bil air

PKP : Air Selangor laksana pelarasan kiraan bil air

KUALA LUMPUR,. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan membuat pelarasan semula bil air berdasarkan purata penggunaan air semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Air Selangor dalam kenyataan hari ini berkata bil bagi bulan Mac hingga Mei sebelum pelarasan akan ditolak dengan jumlah bil untuk Mac hingga Mei selepas pelarasan itu.

“Keseluruhan pelarasan akan ditunjukkan pada bil bulan Jun atau Julai 2020.

“Sekiranya bayaran telah dibuat bagi bil terlebih caj semasa PKP, jumlah lebihan akan direkodkan dalam akaun pelanggan,” menurut kenyataan itu.

Air Selangor menjangkakan pelarasan itu akan selesai menjelang Julai 2020 kerana ia perlu melalui kitaran bil penuh sebulan.

Semua infografik di akaun media sosial juga akan dikemas kini untuk memberi pemahaman yang lebih baik kepada pelanggan mengenai pengiraan bil baharu itu.

Sejak 2 Mei, Air Selangor memulakan semula pembacaan meter di premis pelanggan dan telah mengambil rekod penggunaan air yang sebenar.

Untuk pertanyaan mengenai bil air yang tinggi, pelanggan boleh terus menghubungi Air Selangor di 15300, atau WhatsApp 019-280 0919 atau 019-281 6793, atau akaun media sosial (Facebook, Twitter dan Instagram), aplikasi Air Selangor dan e-mel ([email protected]).

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )