PH ada hak tidak bubar DUN sekiranya Parlimen bubar – Annuar Musa

PH ada hak tidak bubar DUN sekiranya Parlimen bubar – Annuar Musa

KUALA LUMPUR,. Keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbirannya andai kata kerajaan persekutuan memilih untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 mengejut, tidak menyalahi perlembagaan.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN),Tan Sri Annuar Musa berkata pendirian PH itu adalah hak mereka, hak negeri-negeri berkenaan yang tertakluk kepada ‘consent’ atau perkenan Raja atau Sultan di negeri berkenaan.

“Misalnya Parlimen dibubarkan, bila ia berlaku biasanya sehari atau dua kemudian Menteri Besar akan mengadap dan memohon dewan negeri dibubarkan.

“Jadi bila mereka membuat keputusan untuk tidak bubar, ia tidak salah kerana bukan satu perkara wajib untuk bubarkan… jadi kalau PH kata negeri-negeri yang mereka pegang, kalau berlaku pilihan raya, mereka tidak mahu bubar, mereka boleh berbuat demikian kerana perlembagaan persekutuan membenarkan anda berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi Projek River Of Life, di sini semalam.

Annuar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Majlis Presiden PH yang memutuskan sekiranya berlaku pilihan raya umum mengejut sebelum tamat tempoh lima tahun, kerajaan negeri yang ditadbir gabungan berkenaan sewajarnya diteruskan dan tidak dibubarkan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )