Pertimbang permohonan lanjut operasi Pasar Raja Bot – Annuar Musa

Pertimbang permohonan lanjut operasi Pasar Raja Bot – Annuar Musa

KUALA LUMPUR,. Tan Sri Annuar Musa, (DBKL) akan menimbang permintaan peniaga Pasar Raja Bot agar tempoh operasi perniagaan dilanjutkan menjelang Hari Raya Aidiladha.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa juga berkata, pihak DBKL akan membuat keputusan itu selepas bertemu peniaga.

“Kalau ada pematuhan yang baik, saya tiada masalah langsung untuk benarkan tempoh niaga dipanjangkan sedikit.

“Mudah-mudahan dengan kemudahan itu, kutipan atau hasil jualan peniaga dapat meningkat, ” katanya pada sidang akhbar selepas sesi walkabout di Pasar Raja Bot hari ini.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff dan Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja, Khairul Anuar Mhd Juri.

Terdahulu, sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pasar Raja Bot beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 6 petang .

Bagaimanapun, jadual operasi itu diubah kepada jam 6 pagi hingga 2 petang bermula 1 Jun lalu dengan dengan penetapan hari Isnin ditutup untuk disinfeksi sebagai langkah pencegahan dan kawalan koronavirus (Covid-19).

Dalam perkembangan sama Annuar berkata, proses pembangunan pasar tersebut dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2023 mampu menyediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan kepada warga tempatan.

“Projek naik taraf di Pasar Raja Bot berlaku sedikit kelewatan disebabkan kerumitan dihadapi kontraktor susulan projek dilaksanakan dalam keadaan aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa.

“Ini menyebabkan pelaksanaan projek dari satu fasa ke fasa seterusnya berlakunya kesulitan.

“Saya dah melawat dan berjumpa kontraktor. Saya minta untuk mereka atur jadual betul-betul supaya (projek) dipercepatkan. Jika perlu kerja (dijalankan) pada waktu malam, kita akan benarkan,” katanya.

Pasar Raja Bot yang berusia 63 tahun itu dinaik taraf dengan nilai kira-kira RM200 juta akan dijalankan secara empat peringkat termasuk pasar basah, pasar kering, utiliti dan ruang parkir lapan tingkat menempatkan lebih 500 ruang meletak kenderaan. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )