Perodua Aruz 2021 diperkenalkan dengan ciri tambahan, warna baharu

Perodua Aruz 2021 diperkenalkan dengan ciri tambahan, warna baharu

KUALA LUMPUR,. Perodua memperkenalkan model kenderaan utiliti sukannya (SUV), Aruz yang lebih segar dengan ciri-ciri tambahan dan warna baharu untuk memenuhi permintaan pelanggan dengan lebih baik.

SUV tujuh tempat duduk terlaris di Malaysia itu telah diperbaharui untuk 2021 tanpa perubahan harga, iaitu RM68,526 untuk varian X dan RM73,226 untuk varian AV, atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia.

“Dengan jualan lebih 60,000 unit sejak pelancarannya pada 2019, Perodua Aruz telah menjadi SUV terlaris di Malaysia pada 2019 dan 2020.

“Namun, seiring dengan prinsip Kaizen, kami percaya bahawa tetap ada cara untuk menjadikan produk kami lebih baik,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam kenyataan semalam.

Kedua-dua varian itu kini dilengkapi dengan pemijak sisi bagi memudahkan penumpang masuk dan keluar dari kenderaan, serta pe-nguncian pintu automatik apabila kelajuan melebihi 20 km/j (pintu akan dibuka secara automatik sekiranya berlaku perlanggaran).

Warna baharu Passion Red (eksklusif untuk varian AV) menyertai warna-warna Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver dan Ivory White yang sedia ada.

Sebuah kenderaan cekap tenaga, Perodua Aruz menawarkan ruang yang luas, tahap keselamatan yang tinggi, serba boleh, praktikal dan kos pemilikan yang rendah dalam bentuk tujuh tempat duduk yang kompak.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )