Penundaan Olimpik Tokyo 2020 adalah mustahil – Gabenor Tokyo

Penundaan Olimpik Tokyo 2020 adalah mustahil – Gabenor Tokyo

JEPUN,. Pandemik atau tidak, temasya sukan Olimpik tetap akan diteruskan.

Itu ketegasan kerajaan Jepun yang sudahpun banyak melabur bagi memastikan temasya sukan paling besar dunia itu dilangsungkan di Negara Matahari Terbit berkenaan.

Gabenor Tokyo, Yuriko Koike pada Khamis menegaskan, pembatalan temasya sukan olimpik di negara itu adalah mustahil dan sedang berbincang dengan Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik (IOC) untuk meneruskan temasya tersebut.

BACA: Olimpik Tokyo mungkin ditangguh ke hujung tahun – Menteri Olimpik Jepun
Pada Khamis, Koike mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzo bagi membincangkan langkah pencegahan tambahan bagi mengekang penularan wabak ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden IOC, Thomas Bach menyatakan permohonan maaf kepada pihak penganjur kerana mencadangkan penundaan Olimpik Tokyo 2020.
Sehingga Khamis, Jepun mencatatkan 14 kematian akibat COVID-19.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )