Penjualan E-Iftar, E-Bazar, Pandu Lalu Atau Tempah & Ambil Tidak Dibenarkan Ketika Bulan Ramadan – Ismail Sabri

Penjualan E-Iftar, E-Bazar, Pandu Lalu Atau Tempah & Ambil Tidak Dibenarkan Ketika Bulan Ramadan – Ismail Sabri

PUTRAJAYA,. Menerusi sidang media Perkembangan PKP yang dilaporkan pada hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa sebarang penjualan seperti E-Iftar, E-Bazaar, Penjualan pada bulan Ramadan tidak dibenarkan.

Tambahnya lagi, walaupun penjualan seperti pandu lalu, tempah dan ambil juga tidak dibenarkan.

Sebarang bentuk perniagaan yang berkaitan dengan bazar dan gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu (drive thru), tempah dan ambil adalah tidak dibenarkan. Jadi tidak ada isu lagi berkaitan bazar Ramadan walaupun e-iftar ataupun ‘E’ sekalipun tidak dibenarkan.

Anda juga boleh rujuk video ini pada minit ke 15:55, beliau ada menyentuh berkaitan dengan e-hailing biasa dan e-hailing untuk bazar ramadan.

Apa saja yang berbentuk bazar walaupun ada e-hailing tetap tidak dibenarkan. Tetapi perniagaan e-hailing biasa, perkara itu diteruskan seperti biasa.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )