Penempatan Pati di serbu Imigresen

Penempatan Pati di serbu Imigresen

CYBERJAYA 7 JUN (Gerbangpost) – Seramai 156 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di penempatan haram di sini pada Ahad. Operasi bersepadu bermula jam 11.00 malam itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), dengan kekuatan anggota seramai 158 pegawai.

Ketua Pengarah Imigresen , Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi yang laksanakan ada lah hasil risikan selama 3 bulan. Penempatan tersebut agak tersembunyi kerana di lindungi oleh pagar yang di bina di sekeliling kawasan tersebut yang bersebelahan dengan tapak bina.

“Dalam operasi ini, seramai 202 orang warga asing telah diperiksa. Daripada jumlah tersebut, seramai 46 telah di bebaskan mempunyai permit kerja yang sah . Seramai 156 telah di tahan dan akan di bawa ke pusat saringan di Depot Imigresen di Semenyih.

Pecahan tangkapan seramai 42 orang warga Indonesia , 62 Bangladesh, Nepal 20 orang, Myanmar 29 orang , Pakistan 1 dan India 1 orang. Kesemua ditahan terdiri daripada 144 orang lelaki dan 12 wanita, Terdapat satu keluarga pemegang kad UNHCR seramai 4 orang telah di bebaskan setelah di periksa.

Semasa pemeriksaan ini di buat mendapati tidak ada langsung Pematuhan S.O.P. Covid-19 yang di amalkan oleh pekerja asing yang tinggal di situ dan tidak mempunyai system perparitan dan kumbahan yang teratur. Bekalan elektrik dan bekalan Air juga di sambung secara tidak sah. Kluster tempat kerja adalah antara yang tertinggi mencatatkan menularan Covid-19.

Pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan membuat tindakan susulan kepada majikan kerana penempatan tersebut bercanggah dan tidak mematuhi AKTA 446 di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Walaupun negara berada di dalam Keadaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) pihak Imigresen akan terus melakukan Operasi untuk memastikan PATI tidak mengambil kesempatan untuk berkeliaran. Pihak Imigresen juga tidak akan menahan pemegang kad UNHCR .

Operasi hanya tertumpu untuk menahan PATI yang tiada majikan. Memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri yang menyeru majikan yang mempunyai PATI agar segera mendaftarkan mereka di bawah program REKALIBRASI yang bakal tamat pada penghujung bulan ini bagi mengelakkan mereka di tahan dan seterusnya di hantar pulang. Setakat hari ini seramai 75 ribu pendatang asing telah di hantar pulang melalui program REKALIBRASI.

Datuk Khairul Dzaimee Daud turut mengulas dakwaan bahawa pihak Imigresen hanya menangkap pekerja asing dan tidak melakukan pendawaan atau tangkapan kepada majikan. Pada 2019 seramai 1052 orang majikan telah di dakwa dan jumlah denda yang telah di kutip sebanyak RM 19,327,900 dan pada tahun 2020 seramai 509 majikan telah di dakwa dan di denda oleh mahkamah sebanyak RM 10,456.600 manakala bagi tahun 2021 sehingga Bulan Mei seramai 130 majikan telah di dakwa dengan denda RM 3.2 juta. Bagi tempoh 3 tahun seramai 1701 majikan telah di dakwa di mahkamah dan denda telah di kuitp sebanyak RM 33,730.500 sekaligus menyelar dakwaan tersebut.

Operasi Tamat pada jam 1.30 Pagi

-Md Faisal Mohamed /Joi Rizal Abdul Aziz

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )