Penasihat editorial Sinar Harian meninggal dunia

Penasihat editorial Sinar Harian meninggal dunia

KUALA LUMPUR,. Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian Datuk Abd Jalil Ali meninggal dunia pagi ini.

Berita berkenaan disahkan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub di laman Twitter beliau.

Menurutnya, setakat jam 7.08 pagi, jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

“Semoga sahabatku Datuk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebutir bintang,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya.

Abd Jalil berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kewartawanan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. – BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )