PEMUISI selar tindakan membantah penggunaan bahasa Melayu di sekolah

PEMUISI selar tindakan membantah penggunaan bahasa Melayu di sekolah

AMPANG,. Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) menyelar tindakan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru daripada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang yang membantah langkah Kementerian Pendidikan berkenaan pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan bahasa Melayu.

Presiden PEMUISI Dato Dr Radzuan Ibrahim@Wanrazuhar berkata, penjelasan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkenaan perkara itu baru-baru ini amat tepat dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

“Kita sebagai rakyat Malaysia di segenap lapisan seharusnya menyokong usaha kementerian yang positif dalam mengangkat penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid.

“Tindakan mereka yang membantah langkah kementerian itu sangat tidak dialu-alukan dan tidak menghormati Perlembagaan Negara dan sekali gus menyimpang daripada hasrat menyatupadukan bangsa dan kaum di negara kita,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya, perspektif sempit cauvinisme dan perkauman menebal akan menjadikan hubungan kaum semakin jauh dan amat membahayakan dalam konteks perpaduan rakyat pada masa hadapan.

Menurutnya, PEMUISI meminta pihak-pihak berkenaan supaya bermuhasabah diri serta bandingkan dengan keadaan di negara-negara selain Malaysia, dalam konteks bahasa penduduk yang mendiami di negara-negara itu.

“Selagi Perlembagaan Negara kita tidak diikuti sepenuhnya, pasti pelbagai masalah akan timbul kerana Perlembagaan dibuat berdasarkan kontrak sosial antara bangsa-bangsa yang mendiami Malaysia, dengan terasnya bangsa Melayu yang merupakan penduduk asal negara ini.

“Dalam hal ini, PEMUISI menggesa Kementerian Pendidikan tidak tunduk dengan bantahan itu, sebaliknya terus menjalankan dasar-dasar yang baik mengangkat bahasa Melayu dalam sistem pengajaran dan pendidikan negara, dalam gagasan Malaysia Madani,” katany

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )