Pemimpin parti politik hadir ke Istana Negara

Pemimpin parti politik hadir ke Istana Negara

KUALA LUMPUR,. Beberapa kenderaan yang membawa pemimpin parti politik kelihatan masuk ke Istana Negara tengah hari tadi.

Tinjauan Bernama mendapati kenderaan yang dinaiki Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mula memasuki Pintu Dua Istana Negara pada 1.34 tengah hari.

Ia diikuti dengan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Presiden Amanah Mohamad Sabu pula memasuki pekarangan Istana Negara melalui Pintu Dua pada 1.57 tengah hari, diikuti Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dua minit selepas itu.

Terdahulu, lebih 50 petugas media tempatan dan antarabangsa mula ‘berkampung’ di pekarangan Pintu Dua Istana Negara bagi membuat liputan berhubung perkembangan terkini politik negara.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri.

Seri Paduka juga berkenan untuk Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara atau ‘caretaker’ sehingga perdana menteri baharu dilantik. – Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)