Pemimpin parti PN hadir perjumpaan bersama Muhyiddin

Pemimpin parti PN hadir perjumpaan bersama Muhyiddin

PUTRAJAYA,. Pemimpin utama parti dalam Perikatan Nasional (PN) berada di Perdana Putra di sini, pada petang semalam dipercayai bagi menghadiri pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenderaan yang membawa pemimpin seperti Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dilihat memasuki Perdana Putra pada jam 4.36 petang, manakala Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada jam 4.53 petang.

Kenderaan yang membawa Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula dilihat memasuki perkarangan Perdana Putra pada jam 3.40 petang, disusuli Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada jam 3.47 petang.

Berdasarkan mesej yang tular, satu perjumpaan khas ketua-ketua parti dalam PN bersama Muhyiddin dijadualkan berlangsung di Pejabat Perdana Menteri pada jam 5 petang.

Walaupun tiada butiran agenda mengenai pertemuan tersebut didedahkan namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan perkembangan situasi politik semasa negara.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )