Pemain golf Sarawak cemerlang dalam Sirkit Remaja Malaysia

Pemain golf Sarawak cemerlang dalam Sirkit Remaja Malaysia

KUALA LUMPUR,. Dua pemain muda dari Sarawak berada dalam kelas mereka tersendiri ketika memenangi kelas umur masing-masing pada Grand Final Sirkit Golf Elit Perdana Remaja Malaysia SportExcel MSN-Milo di Kelab Golf Rahman Putra Sungai Buloh baru-baru ini.

Anson Yeo Boon Xiang, 15, dari Kota Samarahan mencatatkan pukulan 67, 75, 71, untuk keseluruhan tiga hari 213 bagi mengungguli kategori Lelaki A, dengan kelebihan tujuh pukulan terhadap Nateeshvaar dari Melaka yang melakukan keseluruhan 220 pukulan (79, 71, 70) manakala Poon Jia Hao dari Kuala Lumpur ketiga dengan keseluruhan 222 (76,74,72).

Walaupun menduduki tempat kedua Nateeshvaar menunjukkan permainan cemerlang dengan melakukan dua eagle pada lubang 4 par, satu di Kelab Golf Danau dan satu di Rahman Putra.

Dalam kategori perempuan A, Mirabel Ting Ern Hui juga dari Sarawak, menjuarai kategori itu dengan mengatasi Ng Jing Xuen dari Kuala Lumpur GA dengan kelebihan 11 pukulan dan Pang Hee Jie dari Johor (Kelab Golf Permas).

Mirabel Ting melakukan mencatatkan keseluruhan 215 ( 71, 75, 69) manakala Jing Xuen melakukan 77, 73,76 untuk keseluruhan 226. Hee Jie pula ketinggalan di tempat ketiga dengan keselruhan 239 (84, 75, 80).

Pihak penganjur dalam satu kenyataan menyatakan satu lagi prestasi cemerlang dalam kejohanan itu ialah pukulan ‘Hole-In-One’ yang dilakukan Kaathiyani Gunasegar di Kelab Golf Danau.

Pengarah Eksekutif SportExcel C. Sivanandan berkata Peringkat Akhir ini merupakan kemuncak kepada sirkit empat pusingan dilansungkan di dua venue iaitu Danau Golf (dua pusingan) dan Rahman Putra (2 pusingan), termasuk Pusingan Akhir.

Sirkit ini adalah untuk mengenalpasti pemain remaja elit di negara ini yang kemudiannya akan diberikan peluang untuk mendapatkan tajaan belajar dan berlatih di Amerika Syarikat dan juga di Eropah dan Australia.

“SportExcel amat yakin bahawa pemain golf muda ini suatu hari nanti akan mewakili negara di PGA (Persatuan Glof Profesinal) dan LPGA (Persatuan Golf Wanita Profesional). Sasaran kami ialah untuk melatih mereka untuk cemerlang di peringkat tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemenang:

Kategori Lelaki A

Anson Yeo Boon Xiang (Samarahan) 213 (67, 75, 71)

Nateeshvar Anatha Ganesh (Tiara Melaka) 220 (79, 71, 70)

Poon Jia Hao (TPCKL) 222 (76, 74, 72)

Kategori Lelaki B

Muhammad Ajmal Amin (Danau GC) 238 (81, 76, 81)

Eidan Ngah Jamzidi (TPCKL) 240 (79, 79, 82)

Putera Haikal Hakeem (TPCKL) 251 (86, 83, 82)

Kategori Perempuan A

Mirabel Ting Ern Hui (SSC) 216 (71, 75, 69)

Ng Jing Xuen (KLGA) 226 (77, 73, 76)

Pang Hee Jie (PGC) 239 (84, 75, 80)

Kategori Perempuan B

Wang Xin Yao (Impian GCC) 245 (82, 83, 80)

Nur Batrisyia Balqis (Monterez) 264 (97, 85, 82)

Nur Alisya Qistina (PGR) 267 (88, 93, 86)

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )