Pemain EPL diminta bersedia Menjalankan latihan pada mei

LONDON,. Pemain Liga Perdana Inggeris diberi arahan melihat semula jadual mereka sebelum bermulanya latihan penuh pada penghujung Mei.

Kelab menetapkan langkah seterusnya sebelum bola sepak dijangka kembali menerusi emel dihantar kepada pemain.

Antara nasihat kepada pemain ialah merancang latihan di rumah sehingga 4 Mei; jangkaan latihan secara berkumpulan pada penghujung bulan depan; membatalkan sebarang perancangan meninggalkan negara berkenaan ketika musim sepatutnya sudah berakhir dan bersedia memulakan ‘aktiviti’ bola sepak dengan notis 48 jam.

Ia dilihat petunjuk besar kelab sudah bersedia menyambung semula musim dengan pemain sudah menerima mesej yang teliti apa yang perlu dilakukan mereka dalam tempoh empat minggu akan datang.

Sejak kebelakangan ini, kelab sudah memberikan pemain perancangan di rumah kerana peraturan perintah berkurung.

Bagaimanapun kelab kini sudah menghantar perancangan latihan baharu kepada skuad dengan menetapkan sasaran mengekalkan ‘tahap kecergasan asas’.

Pemain diberikan perancangan latihan baharu untuk meningkatkan tahap kecergasan bermula 5 Mei yang biasanya adalah permulaan pra-musim. – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )