Pelancaran PJM 2022 KPDNHEP, Peringkat Kebangsaan Bersama MOTAC

Pelancaran PJM 2022 KPDNHEP, Peringkat Kebangsaan Bersama MOTAC

KUALA LUMPUR,. (Bukit Bintang) Dato Sri Alexander Nanta Linggi,Melancarkan Program Jualan Malaysia Tahun 2022 Peringkat Kebangsaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Wilayah Persekutuan,
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan semua pemain industri sektor peruncitan yang bersama-sama
berganding bahu untuk menjayakan Progam ini.

Program, Jualan Malaysia Tahun 2022 atau PJM 2022 ini adalah salah satu usaha berterusan kerajaan untuk menyokong
pemulihan ekonomi khususnya sektor peruncitan di dalam negara selain mengembalikan keyakinan Keluarga Malaysia sebagai pengguna untuk keluar berbelanja di seluruh negara, sekaligus meningkatkan daya saing perdagangan domestik.

Selari dengan matlamat tersebut, KPDNHEP telah merancang pelaksanaan PJM 2022 yang berteraskan konsep 3R iaitu
Recovery (pemulihan), Revitalise (merancakkan) dan Revive (menghidupkan semula) sektor peruncitan yang merupakan salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara.

Bermula pada bulan Januari hingga Disember 2022, program ini akan menawarkan jualan murah yang merangkumi Segmen Musim Perayaan, Segmen Jualan Mega dan Jualan Akhir Tahun dan Segmen Jualan Khusus dengan lapan Program Utama yang
telah dirancang dan diselaraskan oleh KPDNHEP di seluruh negara.

Bagi menyokong inisiatif PJM 2022 ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta di bawah Bajet 2022
khusus untuk promosi dan kempen menggalakkan Keluarga Malaysia berbelanja dan merancakkan ekonomi negara di
pelbagai peringkat.

Inisiatif PJM ini akan dilaksanakan sepanjang tahun ini di seluruh negara bagi membolehkan rakyat dapat berbelanja dengan tawaran harga yang murah dan berpatutan melalui pelbagai segmen.

Pada 2 Disember 2021 yang lalu, saya juga telah melancarkan Jualan Keluarga Malaysia Barangan Asas di Kawasan PPR
Kerinchi, Kuala Lumpur. PJKM Barangan Asas ini adalah satu langkah segera kerajaan untuk membantu meringankan
perbelanjaan rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan asas.

Melalui segmen PJKM Barangan Asas ini ia diharap dapat membantu meringankan kos perbelanjaan rakyat untuk
mendapatkan barangan asas dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

Segmen PJKM Barangan Asas ini juga telah berjaya diperluaskan ke 222 kawasan,di seluruh negara dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orangramai di mana barangan keperluan asas telah ditawarkan dengan harga serendah 20% daripada harga pasaran.

Langkah-langkah yang diambil kerajaan adalah bersifat tindakan segera serta jangka panjang. Pada Isnin ini,juga akan diadakan Pogram Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bagi mendapatkan perincian dalam menangani kenaikan harga barang.

Program Jualan Malaysia 2022 ini juga, selain dapat menjaminrakyat mendapat perbagai barangan dengan harga yang murah,kerajaan juga telah menyasarkan untuk mencapai nilai jualan sektor peruncitan sebanyak RM500 bilion pada tahun 2022.

Ia merupakan satu usaha serampang dua mata oleh kerajaan untuk menstabilkan harga barangan di pasaran, di samping dapat membantu pemulihan sektor peruncitan kesan daripad pandemik COVID-19 kepada paras sebelum pandemik pada
tahun 2019, iaitu nilai jualan sebanyak RM537.6 bilion pada tahun tersebut.

Sumbangan sektor peruncitan adalah sangat signifikan kepada pemulihan negara. Sektor ini juga telah menyumbang sebanyak 17.2% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2019 serta menjana 2 juta peluang pekerjaan kepada pasaran Malaysia.

Atas sifat keterangkuman Keluarga Malaysia, saya juga berharap pemain industri untuk turut memberi ganjaran kepada para pekerja yang menjadi tulang belakang kepada perniagaan mereka.

Melalui perkongsian kemakmuran, saya amat yakin ia akan memberi limpahan ekonomi lokal kepada keluarga pekerja
terbabit yang akan terus berbelanja di persekitaran mereka sekaligus merancakkan ekonomi domestik.

Melalui inisiatif PJM 2022 juga, kerajaan akan melaksanakan kempen dan promosi jualan murah dengan memastikan
pematuhan kepada norma-norma baharu. Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 juga telah
menggariskan langkah-langkah yang perlu dipatuhi oleh semua pemain industri untuk memastikan pengguna dapat keluar
berbelanja dengan selamat.

Sehubungan dengan itu, Keluarga Malaysia sewajarnya tidak perlu khuatir untuk keluar berbelanja dalam merancakkan
ekonomi tetapi turut memastikan SOP sedia ada terus dipatuhi pada masa yang sama. Keluarlah untuk berbelanja dan Belanja lah Untuk Malaysia.

Ekonomi negara kita sekarang ini berada pada landasan yang tepat ke arah pemulihan, berdasarkan pembukaan semula lebih 90% sektor ekonomi dan kebanyakan aktiviti sosial. Pemulihantersebut disokong oleh kadar vaksinasi yang tinggi dengan hampir keseluruhan populasi dengan divaksinasi, malah lebih 40% Keluarga Malaysia telah lengkap mendapat dos penggalak.

Kerajaan akan terus melindungi nyawa dan kehidupan rakyat daripada ancaman COVID-19 dan mengutamakan pemulihan
pasca banjir di samping memastikan prospek pertumbuhan ekonomi jangka sederhana dan panjang.
Keluarga Malaysia yang dikasihi,

Pelancaran PJM 2022 ini sangat istimewa memandangkan kita akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Tahun ini, masyarakat Tiong Hua akan menyambut TahunHarimau yang membawa simbol keberanian, keyakinan dan keazaman yang tinggi.

Dato Sri Alexander Nanta Linggi Turut Mengucapkan selamat Tahun Harimau ini, marilah kita bersama – sama sebagai satu Keluarga Malaysia untuk menjayakan PJM 2022 untuk memulihkan semula dan merancakkan ekonomi negara.

Beliau juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Gong Xi Fa Chai”, “Xin Nian Kuai Le” kepada semua
masyarakat Tiong Hua. Semoga sambutan tahun baharu kali ini membawa kemakmuran, kebahagiaan dan kesihatan yang baik
untuk seluruh Keluarga Malaysia

penghargaan kepada KPDNHEP, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK), Malaysia Retail Association (MRA), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), Bukit Bintang Kuala Lumpur City Centre Tourism Association (BBKLCC) dan pihak pengurusan Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd. serta semua pihak yang bertungkus lumus bagi menjayakan majlis kita pada petang ini.

Sumber;KPDNHEP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )