Pejuang buka pintu kerjasama dengan golongan profesional, NGO

Pejuang buka pintu kerjasama dengan golongan profesional, NGO

MELAKA,. Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) membuka pintu kerjasama dengan golongan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Pejuang tidak bergerak secara solo, namun menegaskan tidak akan bekerjasama dengan ‘penyangak’.

“Banyak NGO sudah kita jumpa termasuklah pesara guru dan tentera kerana kumpulan ini juga berhak mengundi. NGO ini masing-masing ada penyokong, kita tahu mereka bercakap tentang masalah orang Melayu dan mereka juga berminat menyelamatkan masa depan (orang Melayu),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan permukiman Pejuang negeri Melaka di sini hari ini.

Mengulas mengenai pemukiman berkenaan, Dr Mahathir berkata ia adalah usaha menerangkan hala tuju parti itu menerusi pertemuan dengan pemimpin di peringkat negeri.

“Ramai yang tidak kenal apa itu Pejuang walaupun dalam kalangan ahli dan pemimpin parti ini. Mereka tak mengetahui dengan mendalam kenapa parti ini diwujudkan.

“Jadi kita datang ke setiap negeri untuk jelaskan dan diharap permukiman ini dapat memberi semangat kepada ahli parti untuk bekerja lebih kuat pada masa akan datang,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )