Pasca COVID-19 : Ukur Semula Kemiskinan Dan Ketidakseimbangan Dalam Masyarakat
KUALA LUMPUR, 14 APRIL – Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mencadangkan agar kerajaan menggunakan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) untuk mengukur semula kemiskinan dan ketidakseimbangan dalam masyarakat selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan negara kembali pulih daripada COVID-19.
Ini kerana pada pandangan beliau banyak lagi golongan yang terlepas pandang dan pada masa yang sama selain memfokuskan golongan miskin di luar bandar, golongan miskin bandar perlu juga dijadikan sebagai ‘focus group’
“Secara dasarnya, negara miskin merupakan negara yang paling terjejas kerana pandemik COVID -19 ini terutamanya bagi golongan yang berpendapatan harian.
“Menurut kajian Oxfam menjangkakan hampir 500 juta manusia akan terjejas dan jatuh ke paras kemiskinan yang ditetapkan Bank Dunia (purata pendapatan $5.50) angkara pandemik COVID-19 ini.
“Di Malaysia, kadar kemiskinan sering diukur melalui Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dengan RM 989.00 isi rumah bagi golongan miskin dan RM 620.00 isi rumah sebulan bagi miskin tegar,” katanya menerusi catatan facebook.
Katanya lagi pendapatan golongan miskin tegar di Malaysia hampir sama dengan kadar kemiskinan yang ditetapkan Bank Dunia iaitu sekitar RM 20.00 sehari dan golongan ini banyak bekerja sendiri seperti penjual jalanan, pengutip besi buruk, penjaja dan sebagainya.
Pasca Covid-19 tambahnya lagi sudah ada penduduk di bandar yang diberhentikan kerja atau tidak dibayar gaji malah golongan ini adalah “the new poor” disebabkan oleh pembuangan atau pemberhentian kerja oleh majikan.
Tambah Dr Najmil, selain daripada Bantuan Prihatin Nasional (BPN), kerajaan perlu melancarkan pakej pemulihan ekonomi yang bersifat jangka panjang yang terdiri daripada pelbagai dasar strategik serta program untuk memulihkan dan menambahbaik kehidupan golongan miskin ini.
“Soal survival golongan miskin baru terutamanya yang tinggal di bandar perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan kerana kita bimbang pasca COVID-19 akan meningkatkan lagi purata kemiskinan,” tegasnya.
Berikut adalah rujukan:
https://www.statista.com/…/poverty-levels-due-to-a-coronav…/
https://www.theguardian.com/…/coronavirus-could-turn-back-t…
https://www.thestar.com.my/…/poorer-than-we-think-malaysias… – UMNO ONLINE