Paris 2024 perkenal ‘The Phryges’ sebagai maskot rasmi Olimpik

Paris 2024 perkenal ‘The Phryges’ sebagai maskot rasmi Olimpik

PERANCIS memperkenalkan maskot rasmi bagi sukan Olimpik dan paralimpik 2024 pada Selasa. Rekaan maskot Olimpik berwarna merah dan biru itu dikenali sebagai ‘The Phryges’ berbentuk segi tiga sebagai simbol kepada topi Phrygian yang menjadi simbol kebebasan sejarah revolusi Perancis.

Kedua-dua maskot itu mempunyai perbezaan dari segi saiz dan rekaan di bawah kaki, selain dilengkapi hiasan bendera Perancis di bahagian mata.

“Semangat dan sejarah Perancis yang membuatkan kami tampil dengan rekaan maskot ini. “Maskot ini menampilkan semangat falsafah, budaya dan cara hidup masyarakat Perancis,” kata Julie Matikhine, Pengarah Jenama Paris 2024.

Berbeza dengan penganjuran Olimpik-Olimpik terdahulu yang sering menampilkan rekaan haiwan, beliau berkata penganjuran kali ini mahu menampilkan sesuatu yang ideal dan berbeza. Ini terserlah menerusi maskot bagi edisi paralimpik yang mana rekaan kaki palsu atau prostetik diguna untuk menambah nilai keunikan pada maskot berkenaan.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )