
Operasi BNM diunjur stabilkan kadar antara bank jangka pendek
KUALA LUMPUR,. Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil pada Khamis, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM40.47 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam RM29.08 bilion.
Bank pusat itu akan mengendalikan dua tender pasaran wang konvensional merangkumi masing-masing tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bagi tempoh 14 hari.
Ia akan turut menawarkan tender Qard RM800 juta selama tujuh tahun dan tender repo berbalik RM1 bilion bagi tempoh 91 hari.
BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan mengendalikan tender semalaman konvensional sehingga RM40 bilion dan tender semalaman murabahah RM28.3 bilion.
–BERNAMA