Nur Azmi umum tanding jawatan Timbalan Presiden MOM

Nur Azmi umum tanding jawatan Timbalan Presiden MOM

KUALA LUMPUR,. Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad, mengesahkan akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam pemilihan badan induk sukan negara itu pada 19 April ini.

Nur Azmi yang kini menjawat jawatan Naib Presiden MOM berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau mendapat sokongan Timbalan Presiden, Tan Sri Hamidin Mohd Amin, yang tidak akan mempertahankan kedudukannya dalam pemilihan kali ini.

“Saya bersedia menggalas tanggungjawab itu sekiranya diberikan kepercayaan. Saya berpegang pada prinsip untuk berkhidmat demi pembangunan sukan negara,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

“Jika diberi peluang, saya akan teruskan usaha memartabatkan sukan Malaysia ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Selain Nur Azmi, beberapa tokoh lain turut menunjukkan minat terhadap jawatan tersebut, namun tiada pengesahan rasmi dibuat setakat ini.

Pemilihan jawatankuasa baharu MOM dijangka berlangsung di Wisma MOM di sini dan dijangka sengit dengan beberapa nama besar turut disebut-sebut bakal mencabar beberapa jawatan utama.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )