Nippon Paint sumbang 1,000 liter cat antivirus dan antibakteria kepada Hospital Sungai Buloh atas inisiatif #RuangSelamat

Nippon Paint sumbang 1,000 liter cat antivirus dan antibakteria kepada Hospital Sungai Buloh atas inisiatif #RuangSelamat

KUALA LUMPUR,. Syarikat pengeluar cat nombor 1 Malaysia, Nippon Paint menyumbang lebih dari 1,000 liter inovasi terbaharunya, cat antivirus dan antibakteria Nippon Paint VirusGuard kepada Hospital Sungai Buloh sebagai tanda penghargaan untuk petugas barisan hadapan yang telah berjuang pada waktu ini.

Sejak penularan wabak COVID-19 di Malaysia pada Disember lalu dan sepanjang pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga kini, barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh telah menunjukkan komitmen, dedikasi dan keberanian yang tinggi terhadap kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia.

Penolong Pengurus Besar Pemasaran Nippon Paint, Datin Wong Meng Lee berkata, barisan hadapan ini telah memainkan peranan penting dalam melindungi masyarakat.

“Sehubungan itu, Nippon Paint ingin menyatakan se-tinggi-tinggi penghargaan di atas usaha mereka yang tidak mementingkan diri mereka terutamanya pada masa yang mencabar ini.”

“Sebagai sebahagian daripada perjalanan kesejahte-raan Nippon Paint, kami turut menyedari betapa pentingnya mewujudkan persekitaran yang selamat sepanjang masa melalui pe-ningkatan ruang dan meningkatkan keselamatan mereka dengan memberikan mereka penyelesaian lapisan cat yang tepat.”

“Oleh itu, selain daripada terus berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan, kami ingin menekankan kepada semua rakyat Malaysia mengenai pentingnya menjaga tahap kesihatan dalaman yang sihat melalui inisiatif #RuangSelamat ini,” katanya.

Di bawah inisiatif #RuangSelamat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), Nippon Paint secara khusus memilih cat antivirus dan antibakteria Nippon Paint VirusGuard untuk mengecat semula bangunan Hospital Sungai Buloh tersebut.

Pemilihan Cat antivirus dan antibakteria Nippon Paint VirusGuard ini adalah untuk mewujudkan persekitaran dalaman yang lebih selamat dan lebih penting lagi bagi barisan hadapan yang berisiko paling tinggi kerana mereka terus menyelamatkan nyawa sekali gus membantu menjaga keselamatan negara pada masa penting ini.

Cat antivirus dan antibakteria Nippon Paint VirusGuard yang baru sahaja dilancarkan ini juga merupakan cat mesra alam dan menggunakan Tek-nologi Silver Ion, yang mana amat berkesan dalam dalam mencegah penyebaran virus dan bakteria.

Penggunaan Teknologi Ion Perak oleh Nippon Paint VirusGuard berkesan dalam mencegah penyebaran virus dan bakteria melalui pendekatan tiga langkah iaitu penyahaktifan fungsi virus dan bakteria, mengurangkan keupayaannya untuk membiak dan menghalang pertumbuhannya yang akhirnya menyebabkan kematian bakteria serta virus.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Nippon Paint, Cat antivirus dan antibakteria Nippon Paint VirusGuard keberkesanan cat itu diuji dengan Coronavirus manusia, ATCC VR-740, strain 229E oleh Analytical Lab Group dengan VirusGuard menunjukkan pengurangan 99.9 peratus pada titer virus selepas bersentuhan pada lapisan cat.

Pada masa sama, cat antivirus dan antibakteria Nippon Paint VirusGuard juga berkesan dalam me-ngurangkan pertumbuhan virus dan bakteria seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), Influenza A (H1N1), Escherichia coli dan Staphylococcus aureus.

Untuk maklumat lanjut mengenai cat antivirus dan antibakteria Nippon Paint VirusGuard, anda boleh melayari laman web www.nipponpaint.com.my/virusguard/keepingeveryonesafe

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )