Nilai moratorium dianggarkan RM89.6 bln – MoF

Nilai moratorium dianggarkan RM89.6 bln – MoF

KUALA LUMPUR,. Nilai moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan dianggarkan berjumlah RM89.6 bilion setakat 11 Sept, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Daripada angka ini, sebanyak RM31.4 bilion adalah jumlah yang dimanfaatkan oleh sektor perniagaan manakala oleh peminjam individu bernilai RM58.2 bilion,” kata beliau ketika membentangkan Laporan LAKSANA ke-22 di sini hari ini.

Pihak bank sudah menghubungi lebih dua juta peminjam yang merangkumi individu, perusahaan kecil sederhana (PKS) dan syarikat lain termasuk perniagaan korporat dan komersial bagi menawarkan bantuan pembayaran pembiayaan.

Menjelang tamatnya moratorium secara umum pada 30 September ini, institusi perbankan terus bersedia untuk membantu peminjam yang masih terjejas akibat pandemik Covid-19 melalui moratorium lanjutan dan bantuan bank bersasar bermula 1 Oktober.

Inisiatif itu bertujuan menjamin perniagaan dan isi rumah yang benar-benar memerlukan akan dapat terus dibantu melalui akses kepada pembiayaan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )