Neymar boleh beraksi di final

Neymar boleh beraksi di final

LISBON,. Neymar terlepas daripada sebarang hukuman dan bebas beraksi untuk final Liga Juara-Juara Eropah – walaupun didapati melanggar protokol COVID-19.

Bintang Paris Saint-Germain itu bertukar jersi dengan Marcel Halstenberg selepas pasukannya menewaskan RB Leipzig 3-0 pada aksi separuh akhir.

Antara protokol COVID-19 ditetapkan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) ialah melarang pemain bertukar jersi selepas perlawanan dan sebarang pelanggaran peraturan perlu menjalani kuarantin.

Namun UEFA semalam mengesahkan yang mereka tidak akan menyiasat perkara berkenaan dan Neymar boleh beraksi Ahad ini.

Neymar bagaimanapun mencetus kontroversi lain selepas perlawanan itu dengan memuat naik gambar lamanya berparti di atas bot sambil memegang cawan yang tertera nama penaja Leipzig, Red Bull. – AGENSI

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )