NATO sedia stok alat perubatan hadapi gelombang kedua COVID-19

BRUSSELS,. Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sedang mengumpulkan stok alat perubatan sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua COVID-19.

Setiausahanya, Jeneral Jens Stoltenbergis, berkata pertubuhan membabitkan 30 negara itu mahu bersedia secukupnya jika gelombang kedua virus itu jauh lebih hebat.

“Ini berikutan sesetengah negara menghadapi masalah mendapatkan keperluan asas seperti pelitup muka ketika pandemik itu melanda kali pertama di seluruh dunia.

“Menteri pertahanan negara berkenaan dijangka menandatangani pelan operasi baharu bagi mengendalikan tindak balas terhadap sebarang gelombang kedua.

“Ini termasuk memastikan bekalan pakaian perlindungan diri (PPE) dan sumber lain mencukupi supaya boleh diagihkan dengan segera bila diperlukan,” katanya.

Satu dana khas dengan peruntukan beberapa juta euro akan diwujudkan bagi membeli alat perubatan dan membiaya kos penghantaran kakitangan perubatan apabila ada pesakit memerlukan mereka.

Tambah Stoltenberg, pendekatan itu akan memastikan NATO memperkukuhkan pelan bertindak sekiranya berlaku gelombang kedua COVID-19, sekali gus memastikan bantuan kritikal sampai tepat pada masanya.

Katanya, pertubuhan itu sudah pun membantu negara anggotanya dalam tindak balas terhadap ancaman virus itu, dengan mengaturkan kira-kira 350 penerbangan bagi membawa peralatan penting. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )