Nancy sedia galas tugas diamanahkan sebaiknya

Nancy sedia galas tugas diamanahkan sebaiknya

KUCHING,. Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri, menghargai kepercayaan diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikannya sebagai Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan.

Beliau yang dilantik buat kali kedua bagi jawatan itu berkata akan melakukan yang terbaik dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya.

“Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk meneruskan khidmat kepada rakyat sebagai Anggota Jemaah Menteri bagi portfolio Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, menteri yang dilantik hendaklah menunjukkan prestasi yang baik dalam tempoh 100 hari. Insya-Allah saya akan melakukan yang terbaik bagi mendepani cabaran membantu sektor pelancongan dan kebudayaan,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Beliau juga turut mengajak seluruh pasukan kerja di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk sama-sama bergerak maju ke hadapan.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )