Multi-Agency Task Force dipergiat, tangani penyeludupan rokok dan minuman keras

Multi-Agency Task Force dipergiat, tangani penyeludupan rokok dan minuman keras

KUALA LUMPUR,. Multi-Agency Task Force akan terus dipergiatkan bagi membasmi aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini berkata ia akan dipergiatkan dengan memperketatkan kawalan import rokok dan produk minuman keras melalui tempat pendaratan sah termasuk jeti persendirian.

Beliau berkata ia juga mengehadkan aktiviti pindah kapal produk minuman keras kepada pelabuhan tertentu sahaja.

Selain itu, menjadikan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam sebagai single exit point bagi wilayah utara dan menyediakan ganjaran khas bagi memperkasa usaha membanteras penyeludupan rokok dan minuman keras.

“Selain ketirisan hasil, kerajaan akan melaksanakan pembaharuan komprehensif bagi menangani ketirisan subsidi barangan keperluan.

“Antara tumpuan utama adalah untuk memastikan petrol bersubsidi dimanfaatkan rakyat dan tidak kepada bukan warganegara, memastikan diesel bersubsidi dinikmati pemandu kenderaan dan tidak terseludup ke premis perniagaan ataupun ke luar negara,” katanya.

Selain itu, ia juga bagi memastikan minyak masak dan LPG bersubsidi sampai ke isi rumah miskin dan kuotanya tidak dihabiskan oleh peniaga.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )