Muhyiddin zahir ucapan tahniah Ulang Tahun Keputeraan Al-Sultan Abdullah

Muhyiddin zahir ucapan tahniah Ulang Tahun Keputeraan Al-Sultan Abdullah

KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-62 semalam.

Muhyiddin menzahirkan ucapan itu menerusi satu poster dalam hantaran di laman sosial Facebook dan Twitternya dengan kapsyen Daulat Tuanku.

Menerusi poster itu, Muhyiddin merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke atas Al-Sultan Abdullah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi negeri Pahang Darul Makmur serta segala jajahan takluknya.

“Semoga Allah memberkati pemerintahan berjiwa rakyat ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku,” katanya dalam poster itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )