Muhyiddin tiba di Istana Negara, menghadap Agong

KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi ini.

Beliau tiba di Istana Negara pada pukul 10.47 pagi bagi mempersembahkan senarai barisan Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada baginda pada jam 11 pagi.
Terdahulu, kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, senarai barisan Kabinet akan diumumkan pada pukul 5 petang, hari ini, selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Pengumuman senarai Jemaah Menteri itu dibuat selepas lebih seminggu Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri kelapan susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu.
Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, pada 1 Mac.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )