MR. D.I.Y. sediakan The ZONE untuk doktor dan pelajar

MR. D.I.Y. sediakan The ZONE untuk doktor dan pelajar

KUALA LUMPUR,. Peruncit perkakas rumah Malaysia, MR. D.I.Y. bekerjasama dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menghasilkan The ZONE, sebuah bilik pelbagai guna untuk doktor dan pelajar.

MR. D.I.Y. dalam kenyataan medianya semalam berkata, The ZONE dibina khusus untuk para kakitangan dan pelajar PPUM bagi tujuan pembelajaran, tutorial, perbincangan dan pengajaran klinikal.

Bilik itu juga jelasnya, berfungsi sebagai ruang untuk memaklumkan status kesihatan pesakit kepada waris terdekat.

Pada 14 Ogos yang lalu, MR. D.I.Y. secara rasminya telah menyerahkan kunci The ZONE kepada PPUM selepas bersama-sama mengubahsuainya.

SERBA GUNA: The ZONE di UMMC akan berfungsi sebagai ruang serba guna untuk pekerja dan pelajar UM

Pengerusi MR. D.I.Y. Datuk Azlam Shah Alias berkata, ia merupakan cara pihaknya berterima kasih kepada warga kerja perubatan di PPUM atas ketekunan serta dedikasi mereka dalam menjalankan tugas bagi menjaga kesihatan rakyat Malaysia.

“Dengan adanya sebuah ruang yang kondusif disediakan bagi tujuan pembelajaran perubatan dan kesihatan, saya berharap agar bilik ini akan digunakan sebaik mungkin,” ujar Azlam sambil menambah, bilik ini juga bertujuan memastikan kesejahteraan petugas barisan hadapan dan warga kerja PPUM.

Timbalan Pengarah Pengurusan PPUM Iskandar Ahmad pula menjelaskan MR. D.I.Y. merupakan antara syarikat pertama yang menghulurkan bantuan kepada pihaknya semasa fasa terawal pandemik.

“Bagi pihak hospital, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MR. D.I.Y. atas sumbangan (bilik The ZONE) ini,’’ kata Iskandar.

Ini bukan kali pertama MR. D.I.Y. berkolaboratif bersama Universiti Malaya. Peruncit itu juga bekerjasama dengan Pusat Komuniti dan Kelestarian Universiti Malaya (UMCares) dalam penganjuran pertandingan ‘DIY Made Simple’ peringkat kebangsaan bagi para pelajar sekolah menengah.

MR. D.I.Y. juga telah banyak menyumbang kepada sektor kesihatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha Tanggungjawab Sosial Korporatnya.

Peruncit sebelum ini menyumbang lebih RM3.8 juta bantuan kepada petugas barisan hadapan seperti sut perlindungan keselamatan (PPE), topeng muka, pelindung muka dan bahan-bahan untuk membuat pelindung muka – yang juga merupakan inisiatif sendiri peruncit dengan kolaboratif bersama pihak-pihak lain.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang MR. D.I.Y., www.mrdiy.com, plaform e-dagang, www.mrdiy.com.my, dan laman media sosial, Facebook dan Instagram di @mrdiy2u untuk maklumat terkini.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )