
Mohd Shazli dilantik pemangku CEO MFL
KUALA LUMPUR,. Ketua Pegawai Operasi (COO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Mohd Shazli Shaik Mohd dilantik sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL berkuat kuasa semalam.
“Mohd Shazli berpengalaman luas dalam pengurusan bola sepak sebagai COO bermula 2018, khususnya dalam membantu kelancaran operasi pertandingan dan sekretariat MFL,” menurut kenyataan MFL semalam.
Bulan lepas, MFL mengesahkan bekas CEO Giorgio Pompili Rossi tidak lagi bersama badan pengelola Liga Malaysia (Liga-M) itu, hanya selepas lima bulan memegang jawatan berkenaan.
Justeru, Mohd Shazli diberi tanggungjawab menerajui operasi sekretariat MFL sehingga diumumkan sebagai pemangku CEO secara rasmi.
Rossi merupakan individu dari luar negara pertama dilantik sebagai CEO MFL, menggantikan Datuk Stuart Ramalingam yang tamat kontraknya pada 31 Ogos 2024.
–BERNAMA