Mohamed Salah mengubah jadual latihannya

LIVERPOOL,. Penyerang Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah mengubah jadual latihannya berikutan Ramadan yang bermula Khamis lalu.

Bintang Liverpool itu memulakan latihan bagi meningkatkan kecergasan pada awal pagi ketika semua pemain Liga Perdana perlu melakukan latihan sendiri sepanjang tempoh perintah berkurung ini.

Sempena Ramadan, pemain Mesir itu berpuasa di siang hari yang menyebabkan dia menukar sesi latihannya kepada malam.

Salah menjadi tumpuan sejak berpindah ke Anfield hampir tiga tahun lalu.

Pada musim pertamanya, dia dinamakan Pemain Terbaik Persatuan Pemain Profesional (PFA) selepas meledak 44 kali dalam semua kejohanan.

Jumlah berkenaan bagaimanapun sukar diulangi tetapi masih cukup buatnya menang gelaran Kasut Emas buat kali kedua musim lalu.

Tahun ini juga Liverpool berada di landasan tepat untuk menang gelaran dengan cara tersendiri dan Salah sekali lagi mengetuai jaringan pasukannya. – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )