Messi makin berang dengan Barcelona

Messi makin berang dengan Barcelona

BARCELONA,. Lionel Messi dilaporkan berang dengan Barcelona selepas pertemuannya bersama bos baharu, Ronald Koeman dibocorkan kepada media.

Pemain berusia 33 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan sensasi keluar dari Sepanyol musim panas ini dengan kontraknya tamat pada 2021.

Sejurus selepas tewas 8-2 kepada Bayern Munich pada suku akhir Liga Juara-Juara, Messi didakwa memberitahu kelab itu dia mahu berhijrah.

Selepas pemecatan Quique Setien di Nou Camp, Ronald Koeman dilantik menerusi perjanjian dua tahun dengan Messi memendekkan percutiannya untuk bertemu pengendali dari Belanda itu.

Stesen radio Catalan, RAC1 melaporkan bahawa pemenang enam kali Ballon d’Or itu memberitahu Koeman dia secara serius memikirkan masa depannya di Barca.

Dan akhbar Argentina, Clarin kini mendedahkan bahawa Messi berang apabila berita berkenaan didedahkan kepada umum.

Ia bertambah buruk apabila sumber kebocoran maklumat itu – RAC1 – sering menyokong presiden Josep Maria Bartomeu.

Difahamkan Messi percaya Barcelona memberikan maklumat ini kepada stesen radio itu untuk menggambarkan dia sebagai pemain yang teruk yang mahu ‘terjun’ dari kapal yang hendak karam.

Koeman bercakap mengenai situasi berkaitan Messi awal minggu ini dan berkata: “Dia masih ada kontrak sebagai pemain Barcelona.

“Pada ketika ini saya perlu bercakap dengannya kerana dia adalah kapten.” – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )